Friday, 21 October 2011
Saturday, 15 October 2011
Pemasaran Emel
Internet telah menyediakan kepada kita jalan pemasaran kos rendah. Ia telah memberikan alat-alat maya yang boleh memberikan keputusan yang boleh dibandingkan dengan keputusan hasil dari penggunaan teknik pemasaran popular yang lain.
Mail elektronik atau 'email' adalah satu daripada tool pemasaran yang digunakan secara meluas di Internet. Ada yang menggunakan program-program affiliate, link-link, produk percuma dan lain-lain gimik untuk pemasaran di Internet, tetapi kebanyakan pemilik bisnes menggunakan pemasaran emel.
Emel menyediakan spektrum baru kepada pemilik bisnes dalam menggunakan Internet sebagai medium pemasaran. Jutaan pengguna Internet menggunakan emel untuk menerima maklumat dengan cepat. Walaupun begitu, seseorang pemilik bisnes itu hendaklah berhati-hati apabila menggunakan pemasaran emel sebagai strategi untuk mempromosikan produk atau servisnya.
Artikel ini cuba untuk menjelaskan selok-belok dalam dunia pemasaran emel selain dari menyediakan tips dan cadangan tentang bagaimana untuk menggunakan pemasaran emel dengan betul.
Katakanlah, ada seorang pemilik bisnes memiliki sebuah produk yang bagus dan dia mahu menjualnya di Internet. Dia sudah pun mempunyai sebuah laman web sebagai portal untuk memudahkannya menerima pesanan dari pelanggan dan menyiarkan maklumat berkaitan dengan produknya itu. Laman webnya mengandungi maklumat yang lengkap dan berguna tentang produk tersebut selain mempunyai rekabentuk yang menarik. Masalahnya, tidak ada orang yang mengunjungi laman webnya yang hebat itu. Di samping menggunakan teknik pemasaran yang lain, dia juga menggunakan teknik pemasaran emel dalam usaha menarik pengunjung ke laman webnya sekaligus menukarkan mereka kepada pelanggannya.
Di bawah ini disediakan beberapa tips bagaimana untuk menggunakan teknik pemasaran emel secara berkesan:
- Menyertai e-group
Terdapat banyak kumpulan-kumpulan yang memfokuskan kepada pasaran-pasaran tertentu. Berjuta-juta senarai emel dan e-group telah sedia ada dan boleh digunakan oleh pemilik bisnes untuk menumpukan usaha kepada pasaran yang menjadi sasarannya.
Bagaimanapun, seseorang pemilik bisnes itu hendaklah berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan dalam pemasaran emel yang boleh merosakkan reputasi bisnes dan produknya di mata para prospek.
Dia boleh menyertai e-group yang wujud itu dan cuba sebaik mungkin untuk mendapatkan 'feel' umum tentang apa yang berlaku di dalamnya. Ini bolehlah diistilahkan sebagai pencerobohan pasaran. Pemilik bisnes tersebut boleh membuat komen ringkas berkaitan sesuatu topik untuk membina kredibiliti di mata para ahli e-group tersebut.
- Penulisan yang menarik
Menggunakan metod pemasaran emel membolehkan seseorang pemilik bisnes itu mendedahkan lebih banyak maklumat tentang produk atau servisnya dalam usaha mempengaruhi pembaca untuk mendapatkan produknya itu. Ketika memasukkan iklan ke dalam emelnya, pemilik bisnes itu perlulah menjadikannya mudah untuk dibaca dan difahami oleh prospek.
Bahagian pertama emel itu hendaklah mampu menangkap perhatian pembaca. Baris pertama dalam kandungan emel tersebut mestilah mempunyai pembayang tentang apakah yang ingin disampaikan oleh penghantar melalui emel tersebut.
Maklumat yang cukup tentang produk itu hendaklah disertakan sekali dalam emel tersebut. Kandungan emel itu seboleh-bolehnya sudah pun mengandungi jawapan-jawapan untuk soalan umum dari para pembaca. Kemudian para pembaca hendaklah digesa untuk mengambil tindakan yang sepatutnya setelah membaca emel tersebut. Kandungan emel itu hendaklah ditulis dengan begitu baik dan teliti sehingga dapat mempengaruhi pembaca segera mengunjungi laman web penghantar emel itu dan membuat pesanan produk berkaitan.
- SPAM
Peraturan paling asas dalam pemasaran emel; jangan sesekali melakukan spam! Spam adalah istilah yang digunakan untuk merujuk emel-emel yang tidak diundang. Spam bukan sahaja membosankan, bahkan menyemakkan inbox pengguna dan menghalang emel-emel lain yang lebih penting untuk tiba ke inbox penerima. Bagi mereka yang pernah menerima emel-emel spam tahu bahawa emel sampah yang berunsurkan komersial fizikal lebih senang untuk dijauhi berbanding dengan emel spam. Emel spam memakan ruang emel yang mana dihantar oleh pihak yang menggunakan perkhidmatan mass mailing secara tidak sah.
Ini semua hanyalah asas dalam pemasaran emel. Tidak kiralah apa yang anda ingin lakukan melalui pemasaran emel, jangan sesekali mendekati perbuatan spam. Bukan saja ianya mengundang bahaya kepada perniagaan anda, bahkan merosakkan kredibilit dan reputasi anda dan produk atau servis anda di mata komuniti Internet seluruhnya. Kesimpulannya, pemasaran emel merupakan strategi pemasaran yang sangat berkesan jika digunakan dengan betul dan mematuhi segala peraturan dan undang-undangnya.
Thursday, 13 October 2011
The sad entry ever...
...Assalamualaikum & Hi...
| ||
| Anak kucing saya yang comeyh but 2 of them no longer exist... |
Sunday, 9 October 2011
![]() | ||||||
| meow...meow... |
Welcome Back!!
missing in action: half years (almost)
ready to back in action: maybe next day (still planning what to write)
why put that pic: because suka-suka saya lah....
tata!!
Saturday, 21 May 2011
tak patot ke???
![]() |
...Assalamualikum & Hi u olls...
Saya tak mem'blog' sbb saya sibuk study..ecehcehceh!!
![]() |
| study sampai dh nak subuh balik... |
today is my second last paper...economy..
2morow my last paper...HR..
Then gud bye UUM... hahahaha
hopefully this time result xla rabak sangat...
macam dulu 2... aaahhh...barang yang lepas usah dikenang....
so mmg patot kn aku tak berblog...???
~~hehe~~
tq for reading my short entry...
Tuesday, 19 April 2011
Wellness Profiler
...Assalamualaikum & Hi u olls...
Pagi- pagi buta ni aku nak share satu page ni. lebih kurang cam surveys, jwb2 soalan tentang lifestyle kita. At the end sekali kita akan dapat result cmne kehidupan kita yang sebenarnya. Sangat sihat k? Suam-suam kuku ke? sudah patut masuk ICU k? so, lets check it out...
| **intro |
| ** single or double?? |
| **soalan 1 |
| **soalan 2 |
| **soalan 3 |
| ** soalan 14. yang sebelum2 tu korang tengok la sendiri |
| **last question |
| **taadaa...result kuar~ |
Ada 15 soalan. Jawab jujur-jujur ye kamu semua. Tengok atas tu, aku MODEL OF HEALTH..hehe...
kalau rasa nak check korang ni jenis camne sila la menziarah online Nestle health test.
okeys.. daa u olls..
TQ for reading this!
Wednesday, 6 April 2011
Heliza Helmi's Talk Show
...Assalamualaikum & Hi u olls...
Minggu lepas hari selasa aku pergi satu workshop ni. Namanya ' Grooming Workshop'. The most exciting part is aku dapat jumpa Heliza Helmi.. wah, 1 hari aku prepare macam2, tak pernah aku pakai macam above 2. nasib aje tak teruk sangat rupenye..hehe
Mula2 ingat kan Heliza ni tak banyak cakap. Wonder gak la boleh ke die ni beri ceramah. Rupe2 nye mak oiii kalah kepoh aku.kehkeh
Heliza nie rupe2nye lucu orangnye. Nak pecah perot aku gelak bile die start talking...hehe.. malangnye aku tak dapat nak share video die bagi ceramah kat u olls..sorry..
| Kak Heliza yang comey.... |
| Hafiz Hamidun pun ade skali... |
Hari tu Hafiz Hamidun pun datang gak. syok betol kenekan dorang nie. ada satu sesi nie Abg Hafiz ala-ala mengadu la kat kitorang yang die tak ade girlfriend macam mana nak kawin. so kitorang pun bagi cadangan la kak Heliza kan ade. Abg Hafiz cover2 blushing la pastu kalis2 cakap kat kitorang tanye la kat Kak Heliza die nak tak..kehkeh..gedik gak Hafiz Hamidun nie.. tak pelah kan same2 single..
Ape2 pun dorang nie memang sempoi gile la. Memang seronok giler that day.. Yang pastinye paling seronok skali sebab dapat amik gambar dengan Cik Kak Heliza.. comey la die.. tecik je..tite lagi tinggi..huhu... dah tite nampak cam temok..hehe..neva mind la..
ta ta u olls...
p/s: tengok tak video klip Heliza yang 'cuma aku'?? yang jadi model dalam 2 sume employee die..cut cost..
Subscribe to:
Posts (Atom)




