Friday 21 October 2011

Amaran untuk Lelaki

 ...Assalamualikum & hi...
  Rasulullah s.a.w bersabda...
"Orang yang paling baik di antara kamu iaitu orang yang bersikap baik terhadap saudara maranya. Tidak ada yang menghormati wanita kecuali orang yang terhormat dan mulia hati. Dan tidak ada orang yang menghina dan mengangap remeh-temeh ke atas wanita kecuali orang yang hina dina perangainya"
 

Saturday 15 October 2011

Pemasaran Emel

...Assalamualaikum & Hi...



Internet telah menyediakan kepada kita jalan pemasaran kos rendah. Ia telah memberikan alat-alat maya yang boleh memberikan keputusan yang boleh dibandingkan dengan keputusan hasil dari penggunaan teknik pemasaran popular yang lain.

Mail elektronik atau 'email' adalah satu daripada tool pemasaran yang digunakan secara meluas di Internet. Ada yang menggunakan program-program affiliate, link-link, produk percuma dan lain-lain gimik untuk pemasaran di Internet, tetapi kebanyakan pemilik bisnes menggunakan pemasaran emel.

Emel menyediakan spektrum baru kepada pemilik bisnes dalam menggunakan Internet sebagai medium pemasaran. Jutaan pengguna Internet menggunakan emel untuk menerima maklumat dengan cepat. Walaupun begitu, seseorang pemilik bisnes itu hendaklah berhati-hati apabila menggunakan pemasaran emel sebagai strategi untuk mempromosikan produk atau servisnya.

Artikel ini cuba untuk menjelaskan selok-belok dalam dunia pemasaran emel selain dari menyediakan tips dan cadangan tentang bagaimana untuk menggunakan pemasaran emel dengan betul.

Katakanlah, ada seorang pemilik bisnes memiliki sebuah produk yang bagus dan dia mahu menjualnya di Internet. Dia sudah pun mempunyai sebuah laman web sebagai portal untuk memudahkannya menerima pesanan dari pelanggan dan menyiarkan maklumat berkaitan dengan produknya itu. Laman webnya mengandungi maklumat yang lengkap dan berguna tentang produk tersebut selain mempunyai rekabentuk yang menarik. Masalahnya, tidak ada orang yang mengunjungi laman webnya yang hebat itu. Di samping menggunakan teknik pemasaran yang lain, dia juga menggunakan teknik pemasaran emel dalam usaha menarik pengunjung ke laman webnya sekaligus menukarkan mereka kepada pelanggannya.

Di bawah ini disediakan beberapa tips bagaimana untuk menggunakan teknik pemasaran emel secara berkesan:

- Menyertai e-group

Terdapat banyak kumpulan-kumpulan yang memfokuskan kepada pasaran-pasaran tertentu. Berjuta-juta senarai emel dan e-group telah sedia ada dan boleh digunakan oleh pemilik bisnes untuk menumpukan usaha kepada pasaran yang menjadi sasarannya.

Bagaimanapun, seseorang pemilik bisnes itu hendaklah berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan dalam pemasaran emel yang boleh merosakkan reputasi bisnes dan produknya di mata para prospek.

Dia boleh menyertai e-group yang wujud itu dan cuba sebaik mungkin untuk mendapatkan 'feel' umum tentang apa yang berlaku di dalamnya. Ini bolehlah diistilahkan sebagai pencerobohan pasaran. Pemilik bisnes tersebut boleh membuat komen ringkas berkaitan sesuatu topik untuk membina kredibiliti di mata para ahli e-group tersebut.

- Penulisan yang menarik

Menggunakan metod pemasaran emel membolehkan seseorang pemilik bisnes itu mendedahkan lebih banyak maklumat tentang produk atau servisnya dalam usaha mempengaruhi pembaca untuk mendapatkan produknya itu. Ketika memasukkan iklan ke dalam emelnya, pemilik bisnes itu perlulah menjadikannya mudah untuk dibaca dan difahami oleh prospek.

Bahagian pertama emel itu hendaklah mampu menangkap perhatian pembaca. Baris pertama dalam kandungan emel tersebut mestilah mempunyai pembayang tentang apakah yang ingin disampaikan oleh penghantar melalui emel tersebut.

Maklumat yang cukup tentang produk itu hendaklah disertakan sekali dalam emel tersebut. Kandungan emel itu seboleh-bolehnya sudah pun mengandungi jawapan-jawapan untuk soalan umum dari para pembaca. Kemudian para pembaca hendaklah digesa untuk mengambil tindakan yang sepatutnya setelah membaca emel tersebut. Kandungan emel itu hendaklah ditulis dengan begitu baik dan teliti sehingga dapat mempengaruhi pembaca segera mengunjungi laman web penghantar emel itu dan membuat pesanan produk berkaitan.

- SPAM

Peraturan paling asas dalam pemasaran emel; jangan sesekali melakukan spam! Spam adalah istilah yang digunakan untuk merujuk emel-emel yang tidak diundang. Spam bukan sahaja membosankan, bahkan menyemakkan inbox pengguna dan menghalang emel-emel lain yang lebih penting untuk tiba ke inbox penerima. Bagi mereka yang pernah menerima emel-emel spam tahu bahawa emel sampah yang berunsurkan komersial fizikal lebih senang untuk dijauhi berbanding dengan emel spam. Emel spam memakan ruang emel yang mana dihantar oleh pihak yang menggunakan perkhidmatan mass mailing secara tidak sah.

Ini semua hanyalah asas dalam pemasaran emel. Tidak kiralah apa yang anda ingin lakukan melalui pemasaran emel, jangan sesekali mendekati perbuatan spam. Bukan saja ianya mengundang bahaya kepada perniagaan anda, bahkan merosakkan kredibilit dan reputasi anda dan produk atau servis anda di mata komuniti Internet seluruhnya. Kesimpulannya, pemasaran emel merupakan strategi pemasaran yang sangat berkesan jika digunakan dengan betul dan mematuhi segala peraturan dan undang-undangnya.

Thursday 13 October 2011

The sad entry ever...

...Assalamualaikum & Hi...


   
Anak kucing saya yang comeyh but 2 of them no longer exist...


Tak sangka dengar berita sedih dari keluarga nun jauh di Johor.. Sedih tak terkata kerana mereka sangat saya sayang. Even bukan manusia but still they bring a lot happiness in my life ever since the day God send them to us.. Read this entry from my sis's blog..karangan kisah sedih utk mereka. Please feel free to read.. TQ

Sunday 9 October 2011

meow...meow...

Welcome Back!!

missing in action: half years (almost)
ready to back in action: maybe next day (still planning what to write)
why put that pic: because suka-suka saya lah....
tata!!

Saturday 21 May 2011

tak patot ke???


...Assalamualikum & Hi u olls...
Saya tak mem'blog' sbb saya sibuk study..ecehcehceh!!

study sampai dh nak subuh balik...
today is my second last paper...economy..
2morow my last paper...HR..
Then gud bye UUM... hahahaha


hopefully this time result xla rabak sangat...
macam dulu 2... aaahhh...barang yang lepas usah dikenang....
so mmg patot kn aku tak berblog...???
~~hehe~~

tq for reading my short entry...


Tuesday 19 April 2011

Wellness Profiler

...Assalamualaikum & Hi u olls...

Pagi- pagi buta ni aku nak share satu page ni. lebih kurang cam surveys, jwb2 soalan tentang lifestyle kita. At the end sekali kita akan dapat result cmne kehidupan kita yang sebenarnya. Sangat sihat k? Suam-suam kuku ke? sudah patut masuk ICU k? so, lets check it out...

**intro


** single or double??


**soalan 1


**soalan 2


**soalan 3


** soalan 14. yang sebelum2 tu korang tengok la sendiri


**last question

**taadaa...result kuar~


Ada 15 soalan. Jawab jujur-jujur ye kamu semua. Tengok atas tu, aku MODEL OF HEALTH..hehe...
kalau rasa nak check korang ni jenis camne sila la menziarah online Nestle health test.

okeys.. daa u olls..

TQ for reading this!

Wednesday 6 April 2011

Heliza Helmi's Talk Show

...Assalamualaikum & Hi u olls...



Minggu lepas hari selasa aku pergi satu workshop ni. Namanya ' Grooming Workshop'. The most exciting part is aku dapat jumpa Heliza Helmi.. wah, 1 hari aku prepare macam2, tak pernah aku pakai macam above 2. nasib aje tak teruk sangat rupenye..hehe

Mula2 ingat kan Heliza ni tak banyak cakap. Wonder gak la boleh ke die ni beri ceramah. Rupe2 nye mak oiii kalah kepoh aku.kehkeh

Heliza nie rupe2nye lucu orangnye. Nak pecah perot aku gelak bile die start talking...hehe.. malangnye aku tak dapat nak share video die bagi ceramah kat u olls..sorry..


Kak Heliza yang comey....

Hafiz Hamidun pun ade skali...
Hari tu Hafiz Hamidun pun datang gak. syok betol kenekan dorang nie. ada satu sesi nie Abg Hafiz ala-ala mengadu la kat kitorang yang die tak ade girlfriend macam mana nak kawin. so kitorang pun bagi cadangan la  kak Heliza kan ade. Abg Hafiz cover2 blushing la pastu kalis2 cakap kat kitorang tanye la kat Kak Heliza die nak tak..kehkeh..gedik gak Hafiz Hamidun nie.. tak pelah kan same2 single..

Ape2 pun dorang nie memang sempoi gile la. Memang seronok giler that day.. Yang pastinye paling seronok skali sebab dapat amik gambar dengan Cik Kak Heliza.. comey la die.. tecik je..tite lagi tinggi..huhu... dah tite nampak cam temok..hehe..neva mind la..




ta ta u olls...


p/s: tengok tak video klip Heliza yang 'cuma aku'?? yang jadi model dalam 2 sume employee die..cut cost..

Tuesday 22 March 2011

Penipuan Zaman Batu (part 1)

...Assalamualaikum & Hi u olls...

moyang manusia yang kononnya primitif

Ingat tak zaman2 sekolah form 1 sampai form 6, kite nie dok belajar  zaman paleolitik, mesolitik, neolitik, logam.. ingat lagi tak? ingat lagi tak ciri2 setiap zaman nie?? tak ingat... la... lupe dah?? ape la angpa sume nie.. xpe2..  tak usah ingat dah.. sume nye kelentong  lebih... tak caye?? jom bace...

 Part 1: ' Ketidakupayaan Dakwaan Evolusionis Terhadap Penemuan Arkeologi'

Kita nie percaya jela sukatan pelajaran sejarah time sekolah dulu. Pernah tak korang terfikir, kalo dalam Islam manusia pertama di dunia nie kan Nabi Adam a.s, eh tak kan la Nabi Adam sama mcm ape yang evolusionis ni dok borak kan.. lagi si Charles Darwin yang cakap manusia nie mule2 beruk.. mangkok hayun btol..

Aku percaya yang kita nie tak la bodoh sangat cume terpakse hafal sebab exam punye pasal. dulu aku pernah tanya cikgu sejarah STPM aku pasal Nabi Adam hidup zaman Paleolitik k? ish2.. die pun tak boleh cakap pe..  tinggi betul tahap kesukaran soalan aku.. kehkeh..

ok2, we proceed to our topic.. sebenarnye semua dakwaan ni lebih berdasarkan salah tafsiran dalam penemuan. semua ikot andaian bukan fakta saintifik yang sebenar2nye.. mitosnye orang zaman paleolitik ni guna batu je.. ish2.. jom kite berfikir sebentar.. boleh ke kite bentuk batu dengan guna batu?? 

Membentuk batu granit, basalt dan dolerit tanpa memecahkannya menggunakan kikir besi, mesin pelarik dan ketam adalah amat tak logik. zaman batu kan orang2 dah pandai pakai gelang, anting2, rantai leher yang berasal dari batu, amat tak logik lagi kalo pada zaman tersebut cume guna batu je untuk buat hiasan pada perhiasan tersebut. cam mane nak korek dan kikis batu guna batu gak???

yang kiri gelang dari bahan marble, yang kanan dari basalt.
macam mana nak buat bulat macam nie guna batu???

Ini la yang aku cakap bual je lebih nie. dah tak mungkin boleh bentuk batu dengan batu. mesti la mase 2 ade satu objek yang lebih pejal digunakan. ramai ahli arkeologi dan saintis buat eksperimen nak tgk try test la boleh ke hasilkan seperti yang evolusionis nie dok cakap.. 

Macam Prof Klaus Schmidt, die wat eksperimen terhadap blok batu di Gobekli Tepe, Turki yang dianggarkan berusia 11,000 tahun. die bagi batu kat beberape pekerja, batu yang sama yang digunakan time dulu2.. diorang pun mengukir la cam orang dulu2 dengan guna batu je.. last2, 2 jam buang mase je.  tak jadi ape..

ok2, aku cakap je takot korang yek tak yek je budak nie.. so, pegi korang test buat bende yang sama kat rumah korang. tapi syaratnye mesti sepotong batu keras cam granit pastu cuba buat lembing cam orang2 dulu2 buat. syarat ke 2, korang jangan guna bende lain selain batu. faham?

Aku konfem korang pun tak kan leh wat lembing dengan hujung runcing, bentuk bersimetri mcm orang dulu2 buat. ok, 1 lagi, jom fikir... macam mane batu leh ukir bentuk mcm2 kat dinding gua?? berapa dalam boleh korang ukir just guna batu??

macam mana nak ukir nie guna batu??

korang percaya  tak sebenarnye manusia zaman batu sebenarnye dah guna objek lain selain batu nie?? ok2, sebab aku rasa entry ni dah mcm panjang kite sambung nanti la ye.. pasni aku nak story bende ape yang org2 zaman batu nie guna dan ape yang dah jadi pada bende ni sampai2 evolusionis cakap orang zaman batu just guna batu jer.. ok?

tq for reading.. ta ta u olls..

Saturday 19 March 2011

Upgrade itu kucing!!

...Assalamualaikum & Hi u olls...


Comel kan meow di atas..hehe.. aku nak sekor cam tu lah.. kaler putih, gebu, tak kesah la jantan k betina k.. kalo betina lagi baik.. pastu aku nak letak riben merah kat telinge die.. ish2, cam mustahil je.. nak ke cik meow pakai riben sepit kat telinge die, rimas kot.. tapi aku nak gak future meow aku tu ala-ala Hello Kitty.. tak kire.. tak kire.. aku nak gak.. haha.. diktator giler..

Tapi impian cam akan jadi nyata la.. akhirnya aku dapat gak jumpa cara nak upgrade kucing biase2 jadi kucing yang fashionable setaraf dengan Hello Kitty (HK).. cam mane? hehe... jom tengok kebagusan idea orang Jepun buat costume special edition yang gerenti buat kucing korang look like HK.. cara-cara nye seperti :

sedia kan tools nak upgrade kucing.. kehkeh

letak kucing atas meja yang luas
* abaikan muke kucing ni*


Pakai kan set costume tersebut dengan penuh keibuan


Taadaaa.... cik meow dah jadi 50% cam HK

Begitu la cara2 nye.. bukan setakat yang kaler putih je.. malah yang kaler tak match langsung pun pakai..

Ni matching la gak sebab white colour

Yang berbulu tebal pun leh sarung k?
boleh la kot..

oh.. ok, tak match tapi tetap cool

layan jela..

ape ko staring2 ha.. 

Anjing pun tuan2 die pakai kan... ish2.. dah tuka jadi Hello Doggy...

"wei, gua anjing pun lu tak boleh beza k? "
kata Chihuahua kepada Paris Hilton

Cara2 lain yang lebih keperibinatangan.....

Tee & whatsername on top

ape nak heboh2 sgt, pakai t-shirt pun ok ape.. 

keberatan kepala kelemasan & kerimasan

Ape pendapat korang? bagi aku, dorang funny la.. nanti kalo aku ade satu, aku nak pakai kan la.. so setiap kali nampak aku nak gelak kuat.. hehe.. lepas stress.. cian dak meow tak bersalah.. act, nmpak adorable gak.. huhu.. tapi, the big question is mana nak dapat costume ni ek?? ade sape2 tau.. 

TQ for read.. ta ta u olls

Sunday 13 March 2011

Evolusi Jata Negara

...Assalammualaikum...

Hai u olls..today, Miss Syiqa would like to share wif u guys her knowledge about our country. Korang wargenegara Malaysia kn?? kalo gitu, patot amat sgt korang amik tau pe yang aku nak share nie. Aku tak tau la nape tibe2 arini aku mcm berjiwa nasionalisme plak. tapi ni penting untuk korang tau sebab aku tau mesti most of u tak tau punyer. Kali nie aku nak ceghite pasal lambang negara kita yang pastinya belom tentu ada kat negara lain. Apa die?? JATA NEGARA...

korang tau ape itu Jata Negara?? xtau ?? peh, ni ade berat ciket nie...xpe2, jom ikot tutorial ringkas tapi padat, sweet n simple nie...

Jata Negara Malaysia
Kini

Jata Negara seperti gambar atas nie sebenarnye dah banyak kali berevolusi. Dulu2 time nenek moyang berbeza cikit dari yang sekarang punye. sebenarnye berbeza sgt2..Jom kita cari perbezaannye..

Nie rupe Jata Negara mule2
1895-1946

Versi awal telah digunakan sejak pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Masa tu cuma ade 4 buah negeri je. Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan. Cogan kata pada mase nie ditulis dalam tulisan jawi. kalo korang tak tahu bace jawi, tak pe aku boleh translate..die tulis 'Dipelihara Allah'

 ade improve cket tang dalam perisai.
1948-1963
Setelah Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948, Jata Negara diubahsuaikan dengan peningkatan negeri dalam Persekutuan. Lambang mahkota pun ditukar kepada lambang bintang dan bulan sabit. Korang tengok lambang Pulau Pinang mase nie diletak kan image Princess of Wales feathers dan Melaka diwakilkan dgn bangunan A Famosa. Cogan kata pun dah tuka jadi 'Bersekutu Bertambah Mutu' dalam tulisan jawi dan bahasa Inggeris 'Unity is Strength'
Jata Negara 1963-1965
Patern Jata Negara yang mase nie cam menarik cikit sebab mengunakan warna2 yang sedap mate memandang. Korang notice tak kat perisai tu de lambang Singapore. time nie Singapore masih sebahagian dari Malaysia. Design Jata Negara nie bertahan selama 2 tahun je sebelum terjadinye lagi revolusi.

Jata Negara yang lebih kurang cam yang sekarang punye.
Selepas peristiwa Singapore kuar dari Malaysia, jadi kene hapuskanlah lambang tu dari jata. digantikan pula dengan lambang bunga raya. Jata Negara telah diubahsuai lagi dengan penampilan harimau yang lebih realistik cikit. beza la, harimau dulu2 kurus2, sekarang punye dah berisi cikit. selain tu, lambang negeri Sarawak, Pulau Pinang dan Sabah pun diubahsuai..Maka terhasil la masterpiece Jata Negara cam yang sekarang punyer.

Moral of the story, marilah kita sama2 bersatu padu mencapai integrasi nasional sebab dalam Jata Negara pun tunjuk kesatuan semua negeri dalam satu perisai. makna nye kalau bersatu mesti Malaysia nie lebih maju...
ape2 pun Malaysia Boleh, Kita pun Boleh...
...Wassalam...

Saturday 12 March 2011

I Heart You....who???

...Assalamualaikum...

Hai u olls..selepas pnt aku perah2 otak sampai kuar sume peluh2 jantan betina teruna dara (membohong je)..akhirnye kali ni aku decide nak isi entry ni dengan pe yang aku taksub sgt dari dulu sampai la skang..ehem2..ape kah ia??? jeng..jeng..jeng..actually bukan manusia la...die kucing..

meow oi..beragak la tido tu

eh....salah2..bukan yang nie...tapi nak cakap die kucing tak boleh gak sebab die tak berpijak di bumi yang nyata ni...nak cakap die bukan kucing pun tak leh gak sebab die memang kucing tapi katun...aishhh...neva mind la...so, jom aku paksa u olls amik tau pe yang aku  suka sgt nie (hehehe) sampai2 ade yang  cakap aku dah reach level 'taksub'...huhu berat dah word taksub nie...leh jatuh hukum...erk...hukum pe ek...yang pasti bukan murtad la...insyaAllah...punyer 'taksub' kat menatang nie sampai sume benda nak kena rupa cam die...dah jadi hobi dah...asal kua shopping mesti searching menatang ni...ape bagus sangat ke menatang ni??? Eh, mestilah....kalo tak, korang  mesti xpenah dengar nama die kan kan kan...

Ni la ke' insane' an aku tika dan saat ini

korang mesti tau kan..kalo tak tahu makna nye korang ni jenis yang tak tengok tv kot??? sedikit trivia la tentang cik HELLO KITTY nie..
  • Hello Kitty pada asalnya dicipta oleh pereka Sanrio Ikuko Shimizu pada tahun 1974. 
  • watak fiksyen dari company Sanrio Jepun yang paling pop dari yang lain.
  • No mouth. do u guys notice that??
  • ade bela kucing and hamster..ceh,padahal diri sendiri kucing.
Charmmy Kitty & Sugar
  • Hello Kitty pun ade boyfren...
Dear Danial
  • Dak2 Emo suka berfesyen dengan Hello Kitty...  i like..
  • GF ari ni kalo pakai shawl k selendang mesti letak ribbon kat tepi tudung. ter'influence la tu.


So,demikian la research and development aku kali ini..wait 4 next entry...kite skodeng ape yang menyebabkan semua kegilaan ini terjadi...bukan pe, dak roomate dgn kengkawan dok confuse sejak bila aku minat dengan ke'taksub'an nie..at least leh gune pakai idea tulis blog kn3...see u next time!!





Friday 25 February 2011

Aku xreti tapi aku nk cube gak!

erm...talk bout this title...
yep,aq bengong2 lg psl wat blog2 nie...
cm interested je tgk org de blog...jd aq pn try2 la...
nway...this is what i get 4 my blog interface...what do u guys think??
simple?sweet?cute?serabot?comot?k ape?
So, for the first timer cam aq mst nk tnjuk aja la dr korg2 yg dh xpert rite...
so,this is it...
len ari aq rajin2 kn jari ni nk menaip ea...
bnyk asgment nk kne wat...lagi pntg taip 'dorg'..
bubhye...